Calon BN Nombor 1 Disokong Padu di Penamaan PRK Ayer Kuning
- E News
- 3 days ago
- 1 min read

TAPAH, 12 April 2025 – Pagi ini, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, bersama pimpinan Barisan Nasional (BN) dan rakan-rakan Kerajaan Perpaduan, mengiringi calon BN, Ustaz Dr. Mohamad Yusri Bakir, ke sesi penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Merdeka, Tapah, Perak.
Ustaz Dr. Mohamad Yusri, yang memiliki kelulusan PhD dalam Pendidikan Islam dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Islam & Moral di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, dianggap calon berkaliber untuk mewarisi legasi kecemerlangan Allahyarham Ishsam Shahruddin sebagai wakil rakyat Ayer Kuning.

“Saya yakin, dengan strategi terperinci dan kerjasama kukuh jentera BN bersama Pakatan Harapan, kita mampu memikat hati pengundi dan mengekalkan kerusi DUN Ayer Kuning,” kata Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO.
Beliau turut berharap agar segala urusan dipermudahkan dan kejayaan dapat dicapai dalam PRK ini.
Comments