Audi Kembangkan Rangkaian Pengedar Ke Seluruh Negara
- E News
- 5 days ago
- 2 min read

● Audi Malaysia kembangkan rangkaiannya menerusi beberapa rakan pengedar
● Tawar jangkauan dan komitmen lebih baik ke atas aspek pengalaman pelanggan di seluruh negara
● Melibatkan sokongan dan perkhidmatan jualan serta selepas jualan
Kuala Lumpur, 9 April 2025 – PHS Automotive Malaysia (PHSAM), pengedar rasmi kenderaan Audi di
Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.
Pengedar 4S rasmi baharu itu ialah Audi Puchong, Audi Melaka, Audi Kuantan dan Audi Skudai. Sementara Audi Kota Kinabalu dan Audi Kuching kini beroperasi sebagai pusat 2S (servis sahaja) dengan operasi jualan dijangka bermula pada hujung tahun ini. Perincian penuh adalah seperti berikut:
Pengedaran | Rakan Pengedar | Alamat |
Audi Puchong (4S) | PHS Autohaus | Lot 895, Jalan Subang 10, Kampung Kenangan. 47100 Puchong |
Audi Melaka (4S) | N3 Auto | 259-1 Jalan Bukit Palah, Bukit Baru. 75150 Melaka |
Audi Kuantan (4S) | Okuan Otomobil | Lot 2104, Jalan Beserah. 25300 Kuantan |
Audi Skudai (4S) | FA Wagen | No. 10C, 5 ½ Mile, Jalan Skudai, Tampoi, 81200 Johor Bharu |
Audi Kuching (2S) | EuroAuto Garage | Lot 743, Block 12, Mtld, Off Jalan Setia Raja, 93450 Muara Tabuan Light Industrial Park, Kuching |
Audi Kota Kinabalu (2S) | Kota Bumi | Lot 162, Lok Kawi Industrial Estate, KM 18, 88820 Kota Kinabalu |
Pengembangan ini memberikan Audi jangkauan serta titik hubungan pelanggan yang lebih baik di wilayah tengah, selatan dan timur. Ia juga membuktikan komitmen Audi untuk menawarkan pengalaman sebelum dan selepas jualan yang luar biasa kepada para pelanggannya.
Pengarah Urusan PHSAM, Denyu Bostandzhiev menyatakan bahawa pengembangan ini menunjukkan dedikasi Audi terhadap permintaan yang kian meningkat terhadap kenderaan premium, pada masa sama meningkatkan aspek kepuasan pemilikan di pasaran Malaysia. “Dengan kewujudan rangkaian pengedaran lebih luas, kami boleh menjalin hubungan lebih rapat dengan pelanggan di Malaysia yang semakin ramai menghargai warisan Audi sebagai satu jenama mewah dan komited terhadap kecemerlangan kejuruteraan,” katanya.
PHSAM juga kekal komited untuk menawarkan mobiliti premium dan mengalu-alukan masa depan yang lebih mengujakan.
Sejak menguruskan jenama Audi pada tahun 2023, PHSAM telah melakukan perubahan signifikan seperti pelancaran penuh rangkaian model signatur Audi e-tron – pertama selepas pasaran Amerika Utara. Kemudian, model SQ8 e-tron yang berprestasi tinggi dilancarkan pada tahun 2024. Tahun 2025 pula menyaksikan pengenalan model Q7 yang menjadi SUV Audi pertama dipasang di Malaysia, sekali gus membuka satu lembaran baharu kepada jenama tersebut di rantau ini.
Comments