8 MAC 2021 – Ketua Pengarah Alam Sekitar, Norlin Jaafar hari ini memaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengeluarkan Perintah Penahanan pada 7 Mac 2021 terhadap sebuah kapal asing yang disyaki telah melepaskan minyak di perairan negara.
Menurut Norlin melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, penahanan tersebut dibuat di bawah Seksyen 48, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan siasatan di bawah Seksyen 27 akta yang sama.

“Pasukan penyiasat JAS Negeri Selangor telah mengambil rakaman percakapan dan memeriksa dokumen kapal bagi melengkapkan kertas siasatan.
Persampelan juga telah dilakukan ke atas beberapa bahagian kapal dan sebanyak 3 sampel telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis.” kata Norlin.
Beliau turut mengingatkan bahawa JAS sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi terhadap penjenayah alam sekitar. Sebarang aduan pencemaran boleh terus dilaporkan ke talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727 atau email ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment