KUALA LUMPUR, 10 JUN 2023 – Setiausaha Polis Malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dato’ Hajah Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan bahawa PDRM telah selesai membuat siasatan ke atas kes pemilikan tanah rizab PDRM di Kamunting, Perak yang merupakan berek kelamin dan rumah ketua polis balai di ibu pejabat polis daerah (IPD) Taiping kepada sebuah organisasi gereja.
Kata Noorsiah, hasil siasatan mendapati tiada unsur penipuan terhadap status tanah rizab tersebut dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
“Siasatan mengenai status tanah menunjukkan tanah di lot 784 merupakan tanah milik The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka sejak dari tahun 1883.
Laporan polis yang dibuat oleh IPD Taiping sebelum ini bertujuan mengenal pasti status pemilikan tanah.” jelas Noorsiah.
Tambahnya PDRM berharap kepada semua pihak supaya tidak memanipulasikan isu ini sehingga boleh mengelirukan persepsi masyarakat.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment