KUCHING, 1 Mac – Hospital Umum Sarawak (HUS) kini sedang mencari waris atau ahli keluarga kepada pesakit lelaki dalam pertengahan umur tanpa pengenalan diri.
Merujuk kepada kenyataan dari pihak HUS, lelaki tersebut dijumpai di tepi Jalan Padungan pada 27 Februari 2023 jam 11.30 malam dan dibawa oleh ambulans ke HUS, kini ditempatkan di Wad Neurosurgeri HDU kerana mengalami kecederaan di kepala serta masih tidak sedarkan diri.
Dalam penemuan tersebut, tiada telefon bimbit mahupun butiran pengenalan diri atau kenderaan pesakit dijumpai menyebabkan pihak hospital sukar menjejaki waris/ahli keluarga.
Sehubungan itu, pihak HUS menyeru waris atau ahli keluarga pesakit untuk menghubungi Jabatan Kerja Sosial Perubatan Puan Nor-Asmawati Mohd Ali di talian 082-276 793 / 276 666 sambungan (4375) pada waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat)
atau Wad Neorosurgeri HDU di talian 082-276 666 sambungan (3813) dengan kadar segera.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment