KUALA LUMPUR, 18 Februari 2023 – Sebagai sebuah entiti korporat yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan (Diperbadankan), FELCRA Berhad mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan dua teras utama pengoperasian syarikat perlu dilunaskan iaitu operasi perniagaan komersial dan mandat sosial syarikat untuk rakyat khususnya kepada peserta FELCRA.
Berdasarkan laporan Jabatan Audit Negara Malaysia, jumlah pinjaman pembangunan tanah peserta yang tertunggak sehingga 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM312.22 juta.
Namun begitu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad Dato’ Mat Roni Zakaria, baki tunggakan tersebut telah ditukar statusnya daripada pinjaman kerajaan kepada ekuiti kerajaan. Langkah ini menunjukkan betapa kerajaan amat prihatin terhadap isu bebanan hutang pembangunan tanah yang dihadapi oleh FELCRA Berhad.
Penukaran baki pinjaman kerajaan kepada ekuiti dalam FELCRA Berhad termasuk jumlah RM312.22 juta telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Khamis, 4 Ogos 2022. Kelulusan ini telah memberi ruang kepada FELCRA Berhad untuk memperkukuhkan kedudukan kewangannya bagi jangkamasa panjang yang sekaligus dapat melunaskan tanggungjawab sosial kepada peserta dengan lebih besar dan berkesan.
Menurut Mat Roni lagi, walaupun FELCRA Berhad berhadapan dengan laporan kewangan yang kurang memberangsangkan dalam aspek tunggakan hutang dan keupayaan membayar dividen kepada Kerajaan, namun dari segi pengurusan kewangan akaun peserta (projek penyatuan dan pemulihan) tetap menjadi agenda utama syarikat dengan pencapaian-pencapaian yang baik seperti berikut:

- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment