17 Disember 2022 – Satu video tular mengenai cerun runtuh yang didakwa berlaku di jalan Bukit Miku sebenarnya dirakam di laluan FT 009 Seksyen 7.3 Jalan Tampin – Kuala Pilah-Manchis, Negeri Sembilan.
Menurut Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini, semakan ke atas kes ini mendapati video ini telah dirakam oleh pengguna jalan raya pada awal kejadian runtuhan.
“Agensi Kementerian Kerja Raya Malaysia, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudahpun mengambil tindakan pantas pada 1 Disember 2022 dengan menutup laluan jalan yang terjejas kepada pengguna jalan raya. Laluan alternatif telah disediakan iaitu Jalan Ulu Keru – Air Mawang kepada pengguna jalan raya yang mahu ke Tampin atau Kuala Pilah.
Buat masa ini, jalan yang terjejas dengan runtuhan itu masih ditutup bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan oleh JKR. Kerja-kerja pembaikan akan dimulakan pada Jan 2023.
Saya amat berterima kasih kepada pengguna jalan raya yang prihatin dan telah berkongsi kejadian ini bagi kebaikan dan keselamatan bersama.” ujar Alexander.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment