23 November 2022 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) telah selesai melaksanakan ujian kawalan doping bagi Temasya SUKMA XX, MSN 2022 pada 16 – 24 September 2022 dengan pengambilan sebanyak 252 sampel. Daripada kesemua sampel tersebut, satu (1) keputusan berada dalam penyiasatan ADAMAS.
“Keseluruhan sampel urin atlet ini telah dihantar ke Makmal Anti-Doping Doha, Qatar (Anti-Doping Lab Qatar – ADLQ), sebuah makmal yang diiktiraf oleh World Anti-Doping Agency (WADA) bagi tujuan analisis dan penilaian modul Steroidal
Passport, Athlete Biological Passport (ABP).
Kesemua sampel ini telah dikendalikan selaras dengan peruntukan yang terkandung dalam Peraturan Anti-Doping ADAMAS 2021 yang mana hak atlet telah diberi keutamaan semasa pengujian kawalan doping dilaksanakan.” kata KBS dalam satu kenyataan hari ini.
Kata KBS, sebanyak 251 analisis sampel atlet adalah negatif kecuali satu (1) keputusan Atypical Finding (ATF) yang berada dalam penyiasatan ADAMAS bersama makmal yang bertanggungjawab.
- British Council East Asia Education Week 2025 Strengthening UK-East Asia higher education partnerships
- Finexcellent Ramadan: Trade, Learn, and Give Back
- Trend Micro Ranked #1 Channel Champion by Canalys
- Prudence Foundation launches 2025 Disaster Tech Awards and partnership with AVPN
- MSIG expands Political Risk and Trade Credit capabilities in Hong Kong and Singapore through strategic collaboration with its USA office
Leave a comment