30 September 2022 – Seramai 110 orang mangsa sindiket-sindiket penipuan untuk bekerja di luar negara telah berjaya diselamatkan serta dibawa pulang ke Malaysia.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Setiausaha Polis Malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Hajah Noorsiah binti Mohd Saaduddin berkata bagi tahun 2021 sehingga 30 september 2022, PDRM telah menerima 224 laporan polis daripada ahli keluarga dan rakan kenalan mangsa berkaitan warga Malaysia yang diperdaya oleh sindiket-sindiket penipuan untuk bekerja di luar negara.
“Daripada laporan polis yang diterima, seramai 284 orang yang menjadi mangsa, di mana 174 daripadanya masih terkandas manakala 110 orang telah berjaya diselamatkan serta dibawa pulang ke Malaysia.
PDRM akan terus menggunakan semua platform untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi terutama Aseanapol dan Interpol untuk menangani penipuan tawaran kerja kepada warganegara Malaysia di luar negara. PDRM juga turut terlibat dalam jawatankuasa khas yang diterajui oleh Kementerian Luar Negeri.” kata Noorsiah.
Tambah beliau, masyarakat dinasihati supaya lebih berhati-hati terutamanya ketika menerima tawaran-tawaran pekerjaan di luar negara melalui media sosial oleh mana-mana pihak.
“Pastikan semakan mengenai kesahihan atau ketulenan maklumat majikan dibuat dengan Kementerian Luar Negeri, sebelum menerima sebarang tawaran pekerjaan di luar negara.” nasihatnya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment