30 September 2022 – Susulan dari Mesyuarat Khas berkenaan Transformasi Parlimen yang diadakan pada Khamis, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim memaklumkan bahawa proses Transformasi Parlimen pada ketika ini sedang berjalan lancar.
Katanya Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) sedang menyediakan Draf Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen yang dipantau oleh Jawatankuasa Transformasi Parlimen dari semasa ke semasa.
“Rang Undang-undang tersebut dijangka akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Majlis Parlimen Keempat Belas bulan November ini.
Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen yang disediakan termasuk Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen, pindaan ke atas Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 serta Kod Etika Ahli Parlimen.” kata beliau.
Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato’ Sri Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Pengarah BHEUU, Jabatan Perdana Menteri Datuk Abd Syukor Mahmood, dan pegawainya serta wakil dari Jabatan Peguam Negara.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment