PUTRAJAYA 29 April 2022 – Pada hari Ahad 1 Mei 2022, Fenomena Gerhana Matahari Separa akan berlaku di benua Antartika dan Amerika Selatan mulai pukul 2:45 pagi hingga 6:37 pagi waktu Malaysia.
Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan hari ini, Planetarium Negara akan membuat penstriman langsung melalui saluran Youtube dan Facebook Planetarium Negara pada 1 Mei 2022 bermula pukul 2:30 pagi bagi membawakan imej-imej gerhana secara langsung dari benua Antartika dan Amerika Selatan serta imej dari teleskop-teleskop berdekatan kawasan kejadian.
“Siaran langsung ini akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa pada kali ini kerana ia tidak dapat disaksikan secara terus dari mana-mana lokasi di Malaysia.
Fenomena ini merupakan kejadian gerhana yang pertama dalam tahun 2022. Fenomena Gerhana Matahari Separa pada kali ini akan dimulakan dengan fasa separa pada pukul 2:45 pagi waktu Malaysia dan akan mencapai litupan maksimum pada pukul 4:41 pagi waktu Malaysia dengan peratus litupan Matahari maksimum mencecah sehingga 64% bergantung kepada lokasi pencerapan. Gerhana Matahari Separa ini dijangka berakhir pada pukul 6:37 pagi waktu Malaysia.” katanya.
Tambah MOSTI, lokasi paling awal dapat menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa ini adalah di kawasan Lautan Pasifik diikuti dengan sebahagian benua Antartika sebelum berakhir di benua Amerika Selatan dan sebahagian Lautan Atlantik.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment