27 Februari 2022 – Menurut data di halaman web COVINOW sejumlah 805,676 dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada kanak-kanak berumur dari 5 tahun ke 11 tahun setakat semalam.
Dalam satu ciapan di Twitter rasminya hari ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata 23% kanak-kanak Malaysia telah menerima dos pertama melalui Program Vaksinasi COVID-19 Kepada Kanak-kanak (PICKids).
“Keyakinan semakin meningkat dengan penerangan & libat urus yang dibuat oleh pakar pediatrik & kesihatan keluarga.
Kepada parents, jangan tunggu lagi. Daftarkan anak anda & protect them.” kata Khairy.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022.
PICKids memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan (8) minggu selepas dos pertama untuk memberikan perlindungan yang lebih lama.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment