SHAH ALAM, 11 Februari 2022 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba mengharapkan agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dapat memberi pandangan serta nasihat keupayaan untuk perlaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang telah ditetapkan pada 12 Mac depan. Ini berikutan kes harian COVID-19 semakin meningkat akibat gelombang Omicron.
Adham juga memaklumkan pada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung perkara ini dan beliau telah diberitahu bahawa gelombang Omicron tidak membawa sistem kesihatan kepada tahap yang lebih bahaya. Beliau lihat ada perkara yang yang perlu dipertimbangkan iaitu nyawa dan kehidupan. Dengan jumlah jangkitan yang sederhana, beliau yakin SPR akan dapat memberi pandangan.
Semalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menangguhkan PRN Johor atau membenarkan parti yang bertanding untuk berkempen secara terbuka. Pimpinan pembangkang menerusi kenyataan bersama, menegaskan ia bagi memastikan tiada pihak menjadikan peningkatan kes COVID-19 sebagai alat bagi tujuan politik walaupun jangkitan harian menunjukkan trend peningkatan akibat varian Omicron.
SPR telah menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor. Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Februari manakala pengundian awal pada 8 Mac.
- British Council East Asia Education Week 2025 Strengthening UK-East Asia higher education partnerships
- Finexcellent Ramadan: Trade, Learn, and Give Back
- Trend Micro Ranked #1 Channel Champion by Canalys
- Prudence Foundation launches 2025 Disaster Tech Awards and partnership with AVPN
- MSIG expands Political Risk and Trade Credit capabilities in Hong Kong and Singapore through strategic collaboration with its USA office
Leave a comment