MUAR 7 Februari 2022 – Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada semalam telah melakukan lawatan kerja ke STMicroelectronics Sdn Bhd. Menurut Azmin STMicroelectronics telah menyumbangkan lebih RM5 bilion kepada nilai eksport negara pada setiap tahun.
Ini membuktikan apabila permintaan luar meningkat, banyak syarikat-syarikat tempatan mampu mengeluarkan produk dan perkhidmatan eksport yang mempunyai kualiti baik dan memenuhi piawaian pasaran global. Azmin dalam pada itu meyatakan prestasi dagangan negara pada tahun 2021 kekal pada kedudukan yang baik.,
Dalam ucapannya, Azmin berharap semua syarikat tempatan dapat membina kekuatan dalam membantu memulihkan ekonomi negara dan seterusnya dan menyumbangkan kepada ekonomi mampan dan lestari. Tumpuan harus diberi kepada lima sektor utama iaitu elekrik dan elektronik (E&E), farmaseutikal, ekonomi digital, aeroangkasa dan kimia.
STMicroelectric adalah syarikat yang mempunyai seramai 4,400 pekerja dan sebahagian besar adalah pekerja tempatan dan produk tumpuan adalah pada sektor automotif dan 5G.
MITI telah mengenal pasti limas sektor utama di bawah inisiatif NIA yang dapat menarik lebih ramai pelabur untuk datang melabur melalui penyelidikan dan pembangunan atau kemudahan dalam teknologi baru.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment