30 Januari 2022 – Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan bahawa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan menyertai Minggu ke-18 Ekspo 2020 Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bertemakan “Sustainable Energy and Natural Resources” mulai 30 Januari sehingga 5 Februari 2022.
Katanya dalam satu kenyataan hari ini, delegasi KeTSA akan disertai oleh para pegawai Kementerian dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) selaku agensi pelaksana serta 13 syarikat tempatan yang terlibat dalam sektor tenaga atau sumber asli yang bertaraf industri kecil, sederhana dan multinasional.
“Pemain-pemain industri ini akan mempromosikan perkhidmatan dan produk masing-masing di samping
meneroka dan mengembangkan peluang kerjasama perniagaan dan pelaburan dengan pihak-pihak yang turut menyertai ekspo ini.
Sepanjang Minggu ke-18 ini juga, KeTSA telah mengatur pelbagai program meliputi pameran berbentuk digital, sesi perkongsian maklumat perniagaan, pitching sessions, sesi padanan perniagaan, pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) serta menyertai beberapa aktiviti lain di Ekspo 2020 Dubai.” katanya.
- British Council East Asia Education Week 2025 Strengthening UK-East Asia higher education partnerships
- Finexcellent Ramadan: Trade, Learn, and Give Back
- Trend Micro Ranked #1 Channel Champion by Canalys
- Prudence Foundation launches 2025 Disaster Tech Awards and partnership with AVPN
- MSIG expands Political Risk and Trade Credit capabilities in Hong Kong and Singapore through strategic collaboration with its USA office
Leave a comment