16 DISEMBER 2021 – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique telah membentangkan cadangan SOP Perayaan Krismas dalam Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 Bilangan 10 Tahun 2021 dan telah diluluskan di mana Mesyuarat tersebut telah menetapkan SOP tersebut dilaksanakan bermula pada 24 hingga 25 Disember 2021.
Menurut Kementerian Perpaduan Negara (KPN), aktiviti keagamaan di Rumah Ibadat Selain Islam adalah tertakluk kepada syarat-syarat nyata iaitu Upacara Sembahyang dibenarkan mengikut SOP Pembukaan Rumah Ibadat Selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara. Persembahan Koir di Gereja juga dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal tidak kurang dari 1 meter dan diwajibkan memakai pelitup muka atau face shield.
“Sementara aktiviti umum sempena Perayaan Krismas adalah tertakluk kepada syarat-syarat nyata iaitu Aktiviti berkunjung ke rumah keluarga dibenarkan hanya untuk penerima vaksin lengkap sahaja dan Upacara Nyanyian Carolling dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan.
Manakala Gerai Jualan Hari Krismas adalah tertakluk kepada kelulusan dan kawalan Pihak Berkuasa Tempatan.” kata Kementerian.
Dalam pada itu, Halimah menyeru para penganut agama Kristian di Malaysia untuk menyambut Perayaan Krismas yang akan berlangsung pada 25 Disember ini supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan diri dan memastikan penjarakan fizikal dalam usaha memutuskan rantaian COVID 19 di Malaysia.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment