KUALA LUMPUR 3 Disember 2021 – Menteri Luar Negeri. Dato’ Saifuddin Abdullah akan mengadakan satu lawatan rasmi ke Republik Rakyat China pada bermula hari ini 3 – 4 Disember 2021 atas undangan TYT Wang Yi, Penasihat Negara dan Menteri Luar Negeri Republik Rakyat China.
Menurut Wisma Putra mnelalui satu kenyataan rasmi, Saifuddin dan Wang Yi akan mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Peringkat Tinggi (JPT) Kerjasama Pasca Era COVID-19 yang ditubuhkan secara rasmi pada 1 April 2021.
“Mesyuarat ini akan dibuat secara hybrid bersama pegawai-pegawai kanan dari kementerian-kementerian yang berkaitan.
Mesyuarat JPT ini adalah satu mekanisme dua hala di peringkat Menteri di mana kedua-dua Menteri Luar Negeri akan membincangkan pelbagai kerjasama bagi mengukuhkan lagi hubungan Kerjasama Strategik Komprehensif Malaysia-China.
Antara yang akan dibincangkan termasuk perdagangan dan pelaburan, sains dan teknologi, ekonomi digital, komoditi dan perniagaan pertanian, diplomasi kesihatan, diplomasi budaya, pendidikan dan pelancongan.” kata Wisma Putra.
Kedua-dua Menteri Luar Negeri juga akan bertukar pandangan tentang hal ehwal perkembangan serantau dan antrabangsa. Lawatan ini menandakan hubungan erat dan kesediaan Malaysia dan China untuk mempelopori usaha pemulihan serta mempromosikan pertumbuhan dan kemakmuran kedua-dua negara selepas kesan buruk wabak COVID-19.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment