17 Oktober 2021- Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menafikan ada menyiarkan iklan menawarkan peluang bagi mengisi beratus- ratus kekosongan jawatan Guru Tabika baru-baru ini.
Menerusi satu kenyataan media hari ini, iklan yang disiarkan dalam status Facebook bertajuk Semakan Dan Permohonan Online itu menggunakan logo Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
“Iklan tersebut mencetuskan tanda tanya besar apabila mencatatkan syarat kelayakan mengisi kekosongan jawatan tersebut terlalu rendah iaitu sekadar lepasan Pendidikan Menengah Rendah (PMR) dan Penilaian Tingkatan 3 (PT3).
“Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) turut memberitahu iklan khas mereka yang sebenarnya telah disiarkan pada 11 Oktober lalu bagi mengisi enam kekosongan Jawatan Guru Tabika Perpaduan Gred S29,” katanya.
Ujarnya, kelulusan akademik sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak- Kanak merupakan syarat kelayakan utama bagi pengambilan Guru Tabika Perpaduan, Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional.
“Dalam siaran iklan melalui Facebook @Rakan Perpaduan Pahang itu, dengan jelas telah dinyatakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah calon lepasan Diploma dalam bidang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Institusi Pendidikan Tinggi tempatan. Poster mengelirukan itu telah mencatat hampir 1,000 perkongsian di laman sosial,” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment