Ahli Parlimen Batu Pahat, YB Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon mengambil inisiatif menganjurkan Program Vaksinasi Outreach dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, antara langkah-langkah segera menangani wabak Covid-19.
Melalui kaedah mobilisasi ini, ia membantu mencapai individu yang sukar bergerak ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Menurut YB Dato’ Haji Mohd Rashid, inisiatif yang digerakkan bagi tujuan membantu program vaksinasi kebangsaan untuk mempercepatkan sasaran herd immunity atau imuniti kelompok negara menjelang Oktober tahun ini.
“Saya bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia mencetuskan program ini melalui Pusat Khidmat Rakyat Batu Pahat bermatlamat menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan melalui usaha meningkatkan jumlah penerimaan vaksin,” katanya.
Katanya, sejumlah 20 doktor dan jururawat dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia mensasarkan sehingga 120 individu seperti kelainan upaya (OKU) dan warga emas mendapatkan imunisasi mereka.
“Bagi saya, ia membantu kelancaran program vaksinasi bagi mengurangkan beban tugas pasukan barisan hadapan melalui khidmat sukarelawan. Saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia yang begitu komited dan bersungguh-sungguh melaksanakan program ini,” katanya.
Program Vaksinasi Outreach Parlimen Batu Pahat turut menyediakan akses vaksinasi kepada komuniti di segenap peringkat di Penggaram, Senggarang dan Rengit yang terletak dalam kawasan Parlimen Batu Pahat.
Ia digerakkan melalui tiga unit yang dibentuk bagi melaksanakan dan menyelaras mobilasi melibatkan tenaga sukarelawan daripada persatuan dan pusat khidmat.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment