21 September 2021- Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan dua orang warganegara Malaysia yang berada di Afghanistan membuat keputusan untuk kekal berada di sana bagi meneruskan tugasan.
Menjawab persoalan yang diberikan Ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr. Mohd Hatta Md. Ramli di sidang parlimen, kata Saifuddin kedua-dua mereka ini sedang berkhidmat dengan organisasi kemanusiaan antarabangsa.
“Mereka berkerja bersamai Pasukan Palang Merah Norway (Norwegian Red Cross) dan International Federation of Red Cross and Red Crescent (IFRC).
“Pada masa sama terus mengambil segala langkah-langkah bagi memastikan keselamatan mereka,” katanya.
Jelasnya, mereka telah diminta supaya berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi kita di New Delhi atau terus dengan Kementerian Luar Negeri sekiranya mereka memerlukan bantuan konsular.
“Mereka telah pun melaporkan kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi tentang keberadaan mereka di Afghanistan dalam keadaan selamat,” jelasnya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment