13 September 2021 – Kerajaan hari ini telah menyumbang sebanyak 250,000 unit pelitup muka kepada Republik Iraq, melalui Kedutaan Besar Republik Iraq di Kuala Lumpur.
Menerusi kenyataan media, Kementerian Luar Negeri (KLN) memaklumkan bahawa sumbangan ini menzahirkan usaha berterusan Malaysia untuk berkerjasama dengan Republik Iraq dan masyarakat antarabangsa dalam memerangi pandemik COVID-19.
“Sumbangan ini dibuat menggunakan dana peruntukan di bawah Akaun Amanah Pembelaan Rakyat Iraq (AAKPRI) yang ditubuhkan pada tahun 2003 dan diselenggara oleh KLN.
Sumbangan Malaysia ini mencerminkan hubungan mesra di antara kedua-dua negara di saat dunia sedang berusaha memerangi COVID-19. ”, ujar KLN.
KLN turut menambah bahawa Malaysia kekal komited untuk terus bekerjasama dengan Republik Iraq untuk kepentingan bersama kedua-dua buah negara.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment