1 September 2021 – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Mahadzir Khalid hari ini menyambut baik pengumuman yang diberikan oleh Perdana Menteri berhubung Bantuan Khas Covid-19 (BKC).
Dalam kenyataan media hari ini, beliau memaklumkan berdasarkan angka penduduk luar bandar yang berjumlah 7.61 juta orang, sebahagiannya juga merupakan tergolong dalam kelompok miskin tegar, B40 dan M40.
“Penyaluran BKC dilihat tepat pada masanya dalam usaha kerajaan meringankan beban golongan terbabit yang terkesan dengan wabak pandemic Covid-19. Ia turut menunjukkan bahawa kerajaan menunaikan janjinya sebelum ini yang diumumkan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).” kata Mahadzir.
Beliau berharap dengan pembayaran bantuan tersebut, akan dapat melegakan dan sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan dan kos sara hidup golongan penerimanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment