25 Ogos 2021 – Kerajaan hari ini membenarkan syarikat-syarikat perunding sektor pembinaan beroperasi semula bermula 24 Ogos 2021.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam kenyataan media memaklumkan syarikat perkhidmatan perunding sektor pembinaan yang dibenarkan untuk beroperasi meliputi arkitek, jurutera, juruukur bahan dan perkhidmatan- perkhidmatan lain yang berkaitan.
“Permohonan untuk beroperasi hanya diperlukan bagi kawasan-kawasan di bawah PPN Fasa 1 dan Fasa 2 sahaja dan harus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan selain syarat dan peraturan yang berkuatkuasa.
CIDB memaklumkan syarikat-syarikat perunding boleh memohon kebenaran beroperasi menerusi Sistem CIMS MITI di https://notification.miti.gov.my/, di bawah Kluster Pembinaan, dengan memilih salah satu sektor yang disenaraikan.
Sektor tersebut meliputi sektor 27: Perkhidmatan professional/ perunding yang berkaitan dengan kerja- kerja yang dibenarkan, sektor 32: Operasi Pejabat dan sektor 33: Lain-lain kerja/aktiviti pembinaan yang tidak tersenarai di dalam Sektor 1 – 32. Sektor ini dibenarkan beroperasi berdasarkan pengisytiharan kadar vaksinasi pekerja
“CIDB ingin mengingatkan semua penggiat industri yang telah mendapat kelulusan beroperasi supaya mematuhi SOP yang ditetapkan.
“CIDB mempunyai kuasa untuk menutup tapak pembinaan yang didapati melanggar peruntukan Akta 520 atau mana- mana undang-undang bertulis yang lain termasuk Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dan Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990).
SOP PPN Sektor Pembinaan terkini boleh didapati di laman web CIDB Malaysia, https://www.cidb.gov.my/ atau boleh hubungi CIDB Careline di talian 03-5567 3300.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment