20 Ogos 2021 – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.
Perlantikkan ini adalah selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan
Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan diadakan pada 21 Ogos 2021, jam 2.30 petang.
Ismail Sabri yang merupakan Ahli Parlimen Bera sebelum ini merupakan Timbalan Perdana Menteri.
“Seramai 114 Ahli Dewan Rakyat telah mencalonka Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menerusi surat akaun yang diterima oleh Istana Negara pada 18 Ogos yang lalu yang merupakan jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar dengan perlantikkan ini, kemelut politik dapat diakhiri dengan segera. Baginda turut menzahirkan pandangan dengan perlantikkan Perdana Menteri ini, maka Kerajaan perlu meneruskan usaha-usaha memerangi pandemic Covid-19 dengan segera demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara.
“Seri Paduka Baginda turut menyeru seluruh rakyat agar terus bertenang dan bersama Baginda mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah Subhana Watala, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak Covid-19 dapat dibendung dan diakhiri segera.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment