13 Ogos 2021 – Malaysia dijangka mencapai kadar vaksinasi 100 peratus populasi dewasa dan 80 peratus populasi keseluruhan pada bulan Oktober ini.
Keyakinan tersebut disuarakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara dan peningkatan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Selain itu, beliau turut menyasarkan ekonomi Malaysia dijangka akan beransur pulih.
“Sasaran 50 peratus populasi dewasa negara divaksinasi sepenuhnya pada akhir Ogos akan membolehkan kita membuka semula kegiatan ekonomi dan sosial secara lebih meluas untuk memacu pemulihan ekonomi negara”, ujar beliau dalam perutusan khas semalam.
Muhyiddin menambah ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 16.1% pada suku kedua 2021. Pasaran kewangan dan modal kita juga menunjukkan daya tahan yang baik pada Suku Kedua 2021.
“Berbanding dengan suku-suku sebelumnya, tren pemulihan yang berterusan ini adalah bukti jelas bahawa dasar-dasar kerajaan telah membuahkan hasil, walaupun dalam keadaan yang amat mencabar.
“Perkembangan ini disokong oleh Belanjawan 2021, serta pakej-pakej rangsangan dan bantuan Kerajaan.
Pada perutusan tersebut juga, Muhyiddin turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa Covid-19 serta turut mendoakan pesakit Covid-19 kembali sembuh.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment