31 Julai 2021 – Yang Di-pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini membuat keputusan mengecualikan diri daripada membuat keputusan berikutan usul yang diterima pada 29 Julai.
Usul tersebut yang dihantar oleh YB Ipoh Barat ingin merujuk Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun ke jawatankuasa di bawah parlimen.
Keputusan yang diambil oleh Azhar untuk mengecualikan diri berikutan Idrus merupakan abang kandung beliau dan beliau menyerahkan kepada Timbalan Yang Di-pertua Dewan Rakyat mengikut kedudukan kekananan iaitu Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon dan Dato’ Azalina Othman Said.
“Saya tidak akan campur tangan di dalam apa cara sekalipun di dalam pelaksanaan tugas Timbalan-timbalan Yang Di-pertua di dalam hal berkenaan”, ujar Azhar dalam kenyataan hari ini.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment