27 Julai 2021 – Tempat duduk Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Hamzah dalam Dewan Rakyat yang duduk di blok kerajaan akan ditukar ke blok bebas selaras dengan keputusan beliau menerusi surat kepada pihak parlimen hari ini.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, permintaan Tengku Razaleigh tersebut akan dilaksanakan. Justeru itu beliau telah mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat untuk menukar posisi kedudukan Tengku Razaleigh yang merupakan Ahli Parlimen Gua Musang ke blok bebas.
Sebelum ini, Tengku Razaleigh yang merupakan Pengerusi Majlis Penasihat UMNO mendakwa tidak pernah menandatangani akuan bersumpah untuk menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin.
Dalam surat tersebut juga, Tengku Razaleigh berkata beliau tidak ingin terus berada di kerusi yang telah disediakan untuk beliau bersama anggota Dewan Rakyat lain dalam kumpulan seolah-olah menjadi penyokong kerajaan yang ada.
“Dengan makluman ini saya memohon mendapat persetujuan dan kerjasama Tuan Yang Dipertua memindahkan tempat duduk saya ke suatu kerusi dalam Dewan Rakyat berhampiran dengan kumpulan (block) bebas yang tidak menyokong kerajaan sekarang ini.
“Dari awal lagi saya tidak pernah menyokong atau bersama dengan dengan kerajaan yang ditubuh yang mengguna nama kerajaan Perikatan Nasional,” katanya dalam surat tersebut.
“Walau apa pun yang dilakukan oleh mereka ini, saya dengan suka hati mohon berpindah ke tempat lain yang sewajarnya, bersesuaian dengan semangat perjuangan BN/Umno terutama sekali pengundi saya, ahli-ahli Umno dan rakyat Malaysia supaya sedikit pun tidak boleh dianggap sebagai penyokong kerajaan gagal ini,” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment