26 Julai 2021 – Kerajaan hari ini telah meluluskan sejumlah RM 48 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk perolehan dron bagi kegunaan polis.
Pengarah Jabatan Logistik Dan Teknologi PDRM, Dato’ Seri Sahabudin Abd Rahman berkata, perolehan 16 unit dron jenis vertical take-off dan landing (VTOL) tersebut adalah menggunakan kuasa bateri berkuasa tinggi dan akan dilengkapi dengan gyro stabilized camera (Electro Optical / Infra Red).
Menurut beliau lagi, pakej perolehan tersebut akan merangkumi mobile ground station vehicle yang dilengkapi dengan turret tracking antenna system, wheather station dan portable global navigation satellite system.
“Dron berkenaan akan digunakan dalam penugasan melibatkan pemantauan serta membanteras ancaman di kawasan sempadan negara dalam usaha menangani pencerobohan, penyeludupan dan jenayah rentas sempadan”, ujar beliau lagi.
Beliau turut menambah, dron tersebut mampu beroperasi pada waktu malam dan merakamkan penghargaan kepada komitmen kerajaan dalam memastikan pasukan memiliki aset dan kelengkapan terkini bagi memantapkan lagi penugasan agar keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment