19 JULAI 2021 – Polis DIraja Malaysia (PDRM) semalam mengesahkan tiada laporan diterima dan tiada siasatan dijalankan susulan tindakan penyanyi rap Caprice mempertikaikan tindakan Ustaz Ebit Liew semasa menjalankan misi kemanusiaan di Gaza.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, susulan itu, beliau menasihatkan orang awam untuk tidak menyebar atau membuat kenyataan yang berbaur fitnah dan mengaibkan seseorang kerana ia merupakan satu kesalahan.
Selain itu juga, beliau turut menambah siasatan boleh dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan – Fitnah, Seksyen 504 Kanun Keseksaan – Dengan Sengaja Mengaibkan Dengan Niat Hendak Membangkitkan Pecah Keamanan, Seksyen 505 Kanun Keseksaan – Kenyataan Yang Boleh Mendatangkan Khianat Awam dan Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 – Penggunaan Tidak Wajar Kemudahan Rangkaian atau Perkhidmatan Rangkaian.
“Polis menasihati orang ramai agar tidak mensensasikan isu ini dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika mendapati wujud pelanggaran undang-undang sebagaimana yang dinyatakan”, ujar beliau dalam kenyataan hari ini.
- New study links sports gambling with alcohol-related risks over time
- Silent nights, healthier days
- Government Takes Immediate Steps to Stabilize Supply of Bottled Cooking Oil
- Singapore’s Female Entrepreneurs Find Global Success on Amazon
- Wildberries Identifies the Most Popular Gifts for International Women’s Day
Leave a comment