PUTRAJAYA 5 JULAI 2021 – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat The 8th Session of the Intergovernmental Science-Policy Platform on Biodiversity and Ecosystem Services (IPBES8).
Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata mesyuarat tersebut berperanan dalam mengkaji isu biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem serta memperkukuhkan interfasa antara sains dan dasar.
“IPBES juga turut berperanan bagi menyokong pemuliharaan dan penggunaan berkekalan biodiversiti daripada aspek saintifik” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
“Malaysia telah menyatakan pendiriannya dalam agenda-agenda utama yang dibincangkan dengan menyarankan supaya negara ahli mengambil iktibar di atas pandemik COVID-19 yang melanda dunia dengan menilai hubungan di antara biodiversiti, air, makanan, tenaga dan kesihatan”.
Tambah beliau, Malaysia juga telah menekankan kepentingan perancangan untuk membina kapasiti serta memperkukuhkan asas pengetahuan dalam kalangan saintis dan pembuat dasar.
“Mesyuarat IPBES8 juga telah bersetuju dengan rancangan kerja interim untuk tempoh sesi 2021-2022 bagi membina kapasiti negara-negara ahli”
“Malaysia melalui KeTSA akan terus terlibat secara aktif dalam mesyuarat dan program yang dianjurkan oleh IPBES pada masa hadapan” katanya.
Delegasi Malaysia ke IPBES8 kali ini adalah melibatkan 20 orang pegawai daripada pelbagai Kementerian dan Agensi yang telah diadakan secara dalam talian pada 14 hingga 24 Jun 2021.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment