10 JUN 2021 – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa beliau mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong penubuhan sebuah badan khas seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) diwujudkan untuk menangani empat isu utama yang sedang dihadapi Malaysia. Beliau mencadangkan demikian ketika majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung selama 45 minit semalam.
Kata Tun Dr Mahathir, berkata isu-isu tersebut adalah krisis kesihatan pandemik COVID-19 dan kesannya terhadap ekonomi, ketidakstabilan politik dan sosial.
Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, Al-Sultan Abdullah turut bertanya pandangannya bilakah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sesuai diadakan.
“Baginda ada bertanya sama ada pilihan raya boleh diadakan tahun depan atau bila-bila masa. Saya berkata ia berbahaya untuk diadakan sekarang.
Seperti apa yang berlaku di Sabah ketika pilihan raya negeri…akan ada peningkatan kes COVID-19. Negara perlu mencapai imuniti kelompok dalam pemberian vaksin COVID-19 sebelum PRU15 boleh diadakan.
Apabila kita mencapai imuniti kelompok dengan 80 peratus rakyat diberi vaksin, maka agak selamat untuk mengadakan pilihan raya. Jika tidak, apa yang berlaku di Sabah akan berulang,” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment