SHAH ALAM 10 JUN – Kerajaan Negeri Selangor akan memperkenalkan ‘Home Assesment Tool” untuk mempercepatkan saringan Covid-19 sekaligus mengurangkan “Brought In Dead” atau kematian di luar hospital disebabkan Covid-19.
Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan sejumlah RM 1.25 juta akan diperuntukkan untuk ‘Home Assessment Tool’ sekaligus membantu para pesakit yang sedang kuarantin untuk menilai keadaan kesihatan mereka dengan bantuan petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) melalui aplikasi SELangkah.
“Kit penilaian di rumah ini disediakan bagi mereka yang telah dikesan positif melalui ujian saringan yang dilaksanakan. Kerajaan Negeri menyediakan bantuan bakul makanan serta ‘Home Assessment Tool’ setiap satu yang mengandungi Facemask KN95, Thermometer, Oximeter, Ubat-ubatan dan Kit Ujian Air Liur (Saliva Test Kit), ujar beliau.
Beliau berkata, jumlah kes yang diklasifikasikan sebagai ‘Brought In Dead’ (BID) semakin meningkat di Selangor dan ini adalah trend yang amat membimbangkan.
“Bagi bulan Mei 2021 sahaja, sebanyak 123 kes kematian diklasifikasikan BID dan setakat ini sebanyak 293 kes BID telah dicatatkan di Malaysia. Selangor merupakan negeri kedua yang mencatat kes BID tertinggi setelah Sabah dengan 27.6 peratus”, kata beliau ketika mengumumkan Pakej Kita Selangor 2.0.
Berdasarkan kajian, beberapa faktor utama kejadian BID ini antaranya keadaan kediaman yang tidak sesuai untuk kuarantin dan pesakit yang mempunyai penyakit berisiko tinggi.
Selain itu, varian COVID-19 yang berbahaya, serta jumlah kes yang tinggi menyebabkan petugas kesihatan mengalami kesukaran menilai keadaan kesihatan pesakit.
“Inisiatif ‘Home Assessment Kit’ ataupun kit penilaian di rumah ini adalah langkah bagi mengurangkan kes BID di Selangor’, ujar beliau lagi.
Selangor dilihat antara negeri yang kehadapan berbanding negeri-negeri lain dalam mengawal penularan pandemik Covid-19 menerusi HAT. Inisiatif ini sudah diperkenalkan sebelum ini di beberapa negara di Eropah sekaligus melindungi petugas barisan hadapan dari dijangkiti pandemik Covid-19.
- Singapore’s Female Entrepreneurs Find Global Success on Amazon
- Wildberries Identifies the Most Popular Gifts for International Women’s Day
- Ananda Unveils MIRA VALLEY: A $1.4 Billion Luxury Residential Project in Phuket’s Hidden Valley, Nestled Within 8,000 Acres of Untouched Forest.
- IMPEX Returns: Hong Kong’s Largest Immigration & Property Expo to Take Place on March 22-23, 2025
- TOJOY CEO GE Jun Advocates Enhanced China-Europe Collaboration at Kopaonik Business Forum
Leave a comment