7 JUN Bangi – Sudah tujuh hari Perintah Kawalan Pergerakan Penuh diumumkan oleh kerajaan susulan peningkatan kes penularan pandemik Covid-19 di Malaysia. Namun kekeliruan di kalangan rakyat timbul berhubung Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih tidak berkesudahahan berhubung premis yang dibenarkan beroperasi atau tidak dibenarkan beroperasi.
Pengumuman berhubung tempoh PDPR oleh Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin bahawa sesi PDPR akan dilaksanakan bermula 16 Jun ini sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya berhubung pengoperasian premis perniagaan teknologi maklumat dan digital.
SOP yang dikeluarkan oleh MKN melarang pengoperasian premis yang menjual dan membaiki peralatan ini hanya disebabkan oleh sektor ini dikategorikan sebagai sektor tidak penting (essential service).
Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming mempertikaikan arahan tersebut dengan mendakwa peraturan sebegini seolah-olah menyusahkan ibu bapa yang ingin membeli mahupun membaiki peralatan komputer ditengah-tengah keperluan mendesak penggunaan komputer untuk PDPR mahupun bekerja dari rumah.
“Selain itu, beberapa bahagian di pasar raya ditutup seperti bahagian alat tulis menyukarkan ibu bapa yang ingin membeli peralatan tersebut untuk kegunaan PDPR di rumah” ujar beliau dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bagi mereka yang harus bekerja dari rumah menggunakan komputer riba dan telefon bimbit mereka, penggunaan peranti dengan cermat serta mengelakkan kerosakkan kerana premis membaiki peranti ini ditutup sepanjang PKP Penuh ini.
Tinjauan LNA ke premis perniagaan teknologi maklumat dan digital di Kajang ditutup setelah MKN memutuskan hanya perkhidmatan penting sahaja dibenarkan beroperasi dengan kebenaran MITI dan Kementerian berkaitan. Masyarakat juga berharap agar MKN segera mengkaji semula keputusan ini memandangkan penggunaan peralatan komputer dan telefon bimbit meningkat sepanjang tempoh PDPR dan bekerja dari rumah.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment