PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri (KLN) akan mengeluarkan nota bantahan diplomatik atas pencerobohan kepada Kerajaan Republik Rakyat China.
Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Hussein berkata KLN juga akan memanggil Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia bagi memberikan penjelasan mengenai pencerobohan 16 pesawat milik tentera mereka di ruang udara dan kedaulatan Malaysia.
“Saya juga akan menyampaikan kegusaran serius Malaysia mengenai perkara ini kepada rakan sejawat saya di China” katanya.
Ini bagi merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengenai pencerobohan 16 pesawat milik Tentera Udara Republik Rakyat China ke dalam ruang udara Malaysia di atas Zon Maritim Malaysia (ZMM).
“Pendirian Malaysia sangat jelas iaitu mempunyai hubungan diplomatik yang mesra dengan mana-mana negara tidak sekali kali bermaksud bahawa kita akan kompromi tentang keselamatan negara ini” katanya dalam satu keyataan rasmi Wisma Putra hari ini.
- Arrow Electronics Launches Robotics Solutions Resources
- Conexus Studio Expands Footprint in Southeast Asia with New Offices in Bangkok and Kuala Lumpur
- ZEISS Lightfield 4D for instant volumetric high-speed imaging
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
Leave a comment