PUTRAJAYA: Semua surat kebenaran beroperasi bagi sektor perkhidmatan perlu yang dibenarkan oleh Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum ini terbatal mulai 1 Jun 2021.
Menurut satu kenyataan media Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, keputusan ini selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Pertama.
“Sidang Khas MKN hari ini memutuskan sebuah pusat sehenti (one stop centre) yang diselaraskan oleh MITI diwujudkan untuk mengeluarkan surat kebenaran beroperasi bagi sektor perkhidmatan”.
“Namun sektor perkhidmatan tersebut perlu mendapat pengesahan daripada kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor berkenaan” katanya.
Permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan untuk bekerja perlu dikemukakan semula melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diselaraskan oleh MITI yang melibatkan semua Kementerian yang mengawal selia 17 sektor perkhidmatan perlu yang telah dibenarkan beroperasi.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment