22 Mei 2021 – Ahli Parlimen Santubong, Dato’ Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta agar orang ramai menjadi lebih bertanggung jawab di dalam berkongsi berita supaya tidak menjadi penularan berita palsu.
Kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini, punca utama penularan berita palsu atau berunsur fitnah adalah kerana ramai yang ghairah untuk menjadi orang pertama menyebarkan sesuatu berita tanpa mendapatkan kesahihan informasi tersebut.
“Apatah lagi di zaman WhatsApp ini, senang saja kita menekan forward.
Saya harap masyarakat kita lebih matang dan mempunyai tanggungjawab sosial terhadap bahan yang diperoleh sebelum dikongsi.
Cara terbaik untuk memastikan berita itu sahih adalah dengan membaca berita daripada media massa.” kata beliau.
Tambah Dr Wan Junaidi, orang media telah dilatih untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.
“Itulah kerja mereka yang kita harus hargai. Jangan mudah percaya sesuatu maklumat dari sumber yang kita sendiri tidak pasti. Sebelum menekan butang kongsi, jadikan amalan untuk memastikan maklumat tersebut adalah benar. Janganlah kita menjadi penyebar fitnah.” pesannya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment