PUTRAJAYA 20 Mei 2021 – Merujuk kepada kenyataan oleh Datuk Seri Farizan Darus, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Infrastructure Corp Sdn Bhd (PIC) di akhbar The Star bertajuk “Project to create 15,000 jobs” bertarikh 17 Mei 2021, Ketua Pengarah Alam Sekitar Norlin Jaafar berkata bahawa pihak SRS Consortium (rakan kongsi PIC) pernah mengemukakan Laporan EMP kepada JAS Negeri Pulau Pinang yang tidak mengikut turutan asal penambakan seperti dalam laporan EIA yang telah diluluskan pada 25 Jun 2019.
“Kenyataan bahawa EMP dijangka akan dipertimbangkan pada akhir bulan ini adalah tidak tepat kerana JAS Negeri Pulau Pinang sehingga kini masih belum menerima EMP yang mengikut turutan asal selaras dengan konsep projek.
Adalah tidak wajar pemaju merujuk kepada laporan EMP yang pernah dikemukakan yang boleh mengelirukan orang ramai.
Justeru, pemaju perlu mengemukakan laporan EMP yang baru mengikut turutan asal penambakan yang akan dilaksanakan. jelas Norlin.
Farizan di dalam kenyataan yang tersebut telah berkata “We are now waiting for the state Environment Department to give the green light for our Environmental Management Plan (EMP), which is to ensure that reclamation work is executed according to approved guidelines,” he said, adding that they were expecting to get nod by the end of this month.” Katanya lagi Penang-based companies could start tendering for jobs related to the reclamation and infrastructure work by the end of May.”
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment