15 Mei 2021 – Menteri Luar Negari, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan bahawa beliau akan mewakili Malaysia di dalam Mesyuarat Tergempar Terbuka secara maya Jawatankuasa Eksekutif OIC Peringkat Menteri-menteri Luar yang akan diadakan esok.
Kata beliau menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, mesyuarat tersebut akan membincangkan mengenai tindakan keganasan Israel, pencerobohan dan pendudukan kuasa oleh Israel di Wilayah Palestin terutamanya di Al-Quds Al Shareef.
“Saya akan mengambil kesempatan menerusi pertemuan esok bagi menyampaikan pendirian tegas dan tidak berbelah bahagi Malaysia mengenai perkara ini kepada OIC.
Saya juga akan menyuarakan gesaan Malaysia agar OIC mengambil tindakan lebih tegas dan melaksanakan usaha semaksimum mungkin demi melindungi rakyat Palestin daripada keganasan Israel” kata Hishamuddin.
Di dalam kenyataan media yang sama, beliau turut berkongsi bahawa beliau telah berkomunikasi secara berterusan dengan Menteri Luar Negeri II Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama (TYT) Dato’ Seri Setia Haji Erywan dan Menteri Luar Indonesia, Puan Yang Terutama (PYT) Retno Marsudi bagi mencapai kata sepakat antara negara-negara Islam Asia Tenggara mengenai Palestin.
“Secara kolektif, kami bertiga mengecam sekeras-kerasnya serangan tentera penjajah Israel terhadap rakyat Palestin dan mahu Israel hentikan serta-merta tindakan pencerobohan di seluruh wilayah Palestin.” ujar Hishammuddin.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment