Other News

Garis Panduan Umum E-Invois (Versi 2.0) dan Garis Panduan Spesifik E-Invois (Versi 1.0) kini boleh diakses di Portal Hasil

861

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus komited mengatur strategi dalam memperkasa agenda pembangunan dan pelaksanaan e-invois dengan menambah baik dokumentasi panduan dan rujukan pembayar cukai meliputi Garis Panduan Umum e-Invois (Versi 2.0) dan Garis Panduan Spesifik e-Invois (Versi 1.0) yang telah dimuat naik dan kini boleh diakses di Portal Rasmi HASiL.  

Garis Panduan Umum e-Invois (Versi 2.0) mengandungi maklumat tambahan umum yang telah dikemaskini berhubung pelaksanaan inisiatif e-Invois, manakala Garis Panduan Spesifik e-Invois (Versi 1.0) pula menerangkan secara khusus bagi transaksi-transaksi tertentu seperti berikut: 

a) Transaksi melibatkan pembeli;

b) Penyata atau bil yang disediakan secara berkala;

c) Pengeluaran (disbursement) dan bayaran balik (reimbursement);

d) Perkuisit dan manfaat pekerja;

e) Sebahagian perbelanjaan oleh pekerja bagi pihak majikan; 

f) Pengeluaran e-Invois bil kendiri;

g) Transaksi yang melibatkan pembayaran dalam bentuk kewangan kepada ejen, pengedar atau pengagih;

h) Transaksi rentas sempadan;

i) Pengagihan keuntungan;

j) Pendapatan luar negara;

k) Kadar tukaran mata wang asing;

l) Gambaran berkaitan Application Programming Interface (API); dan

m) Keselamatan siber. 

Pembayar cukai boleh mengakses dan memuat turun garis panduan umum dan spesifik ini menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/e-invois/

HASiL turut mengalu-alukan sebarang pandangan dan maklum balas berhubung pelaksanaan e-Invois yang boleh disalurkan menerusi e-mel rasmi myinvois@hasil.gov.my

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui: 

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; dan

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public 

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles

Media OutReach NewswireOther News

Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars

SINGAPORE 6 March 2025 – Special Minds is redefining special needs education...

Media OutReach NewswireOther News

Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa

SINGAPORE 6 March 2025 – Leading payments technology company, Visa, shared that...

Media OutReach NewswireOther News

CGTN: From GDP growth to tech, foreign investment boost, China brings confidence to the world in 2025

CGTN published an article outlining key takeaways of the Chinese government work...

Media OutReach NewswireOther News

Trend Micro Puts Industry Ahead of Cyberattacks with Industry’s First Proactive Cybersecurity AI

New capabilities supercharge proactive risk management, threat modeling, attack path prediction, and...