PUTRAJAYA 12 April 2023 – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Lembaga Getah Malaysia akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada 49 ribu pekebun kecil getah di seluruh negara.
Menurut KPK dalam satu kenyataan hari ini, bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM9.8 juta. Ia melibatkan pekebun kecil getah berdaftar dengan keluasan kebun getah melebihi 2.5 hektar sehingga 6.0 hektar.

“YAB Perdana Menteri pada 29 Mac 2023 telah mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan BKKA sebanyak RM200 dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM170 juta kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.
KPK telah mengambil tindakan bagi memastikan kumpulan sasar yang terdiri daripada pekebun kecil getah mendapat manfaat BKKA. Penyaluran bantuan ini akan dikreditkan ke dalam akaun pekebun kecil sebelum atau pada 14 April 2023.” kata KPK.
Pada masa yang sama, BKKA akan turut disalurkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kepada pekebun kecil yang memiliki kebun getah dengan keluasan 2.5 hektar ke bawah. Ia diharapkan dapat meringankan beban pekebun kecil getah di seluruh negara dalam memenuhi keperluan sempena sambutan Aidilfitri yang menjelang tiba.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment