14 Februari 2023 – Bekas wartawan TV3, Nik Suryani Megat Deraman mengumumkan bahawa beliau akan bertanding Exco Wanita UMNO Malaysia mewakili Wanita UMNO Bahagian Marang, Terengganu.
Katanya borang pencalonan telah diserahkan pada Jam 4.30 petang, hari Isnin, di Auditorium Menara Dato’ Onn.
“Hasrat saya menawarkan diri ini adalah untuk meneruskan kesinambungan perjuangan, pengorbanan dan khidmat bakti Wanita UMNO pada negara sejak sebelum Merdeka, selain berkongsi pengalaman selaku pengamal media dan industri kreatif yang telah berkecimpung hampir 20 tahun.
Mudah-mudahan dengan sumbangan kecil saya ini, dan juga seluruh ahli UMNO, parti keramat ini akan terus mara, relevan, sebagai wadah membela Agama, Bangsa dan Tanah Air tercinta.” ujarnya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment