SINGAPURA, 30 Januari 2023 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tiba di Singapura pada hari ini bagi lawatan rasmi sehari.
Beliau ditemani oleh isterinya, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan para delegasi dari Malaysia.
“Tiba di Singapura bersama Azizah dan para delegasi Malaysia untuk lawatan rasmi sehari.
Turut sama dalam lawatan ini Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Diraja Zambry Abd Kadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi.
Ketibaan saya disambut Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan dan delegasi.” kata Anwar dalam satu hantaran ringkas di Facebook rasmi beliau.
Anwar turut berharap agar lawatan tersebut akan memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Singapura.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment