KAJANG, 19 Januari 2023 – Bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkongsi video beliau melawat kanak-kanak yang dipercayai didera dan ditinggalkan di tepi jalan.
Kata Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau baru-baru ini, kanak-kanak tersebut semakin sihat.
“Terima kasih kepada pihak Hospital Kajang terutamanya doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang menjaga anak ini dengan baik dan sempurna.
Terima kasih juga kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat di atas tindakan seterusnya untuk mendapatkan rumah penjagaan kanak-kanak kepada anak ini.
Apa pun alasan, anak adalah kurniaan Allah SWT yang paling berharga dan anak mesti dibelai dan dijaga dengan sempurna bukan didera dan diseksa.” kata Ahli Parlimen Bera itu.
Seterusnya Ismail Sabri berkongsi video beliau menyantuni kanak-kanak yang sakit di wad kanak-kanak Hospital Kajang.
“Ramai yang demam panas, selsema dan sesak nafas.
Menurut doktor, sekarang musim kanak-kanak demam selsema & mengalami masalah pernafasan.
Kepada ibu bapa, jagalah kesihatan anak masing-masing dan ambil langkah lebih berhati-hati di musim demam ini.” ujar Ismail Sabri.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment