SABAH, 7 JANUARI 2023 – Pakatan Harapan (PH) Sabah berasa kesal melihat Sabah sekali lagi berhadapan dengan kemelut politik yang sepatutnya tidak berlaku.
Menurut tujuh orang Ahli Dewan Undangan (ADUN) PH Sabah dalam satu kenyataan bersama hari ini, seharusnya fokus utama adalah memastikan matlamat perjuangan membantu rakyat dan membangun ekonomi serta bersama-sama berusaha untuk memastikan perjuangan MA63 direalisasikan selaras dengan hasrat Perdana Menteri.
“Kami mengulangi pendirian kami sebelum ini bahawa kami tidak menyokong sebarang usaha untuk menggulingkan kerajaan melalui cara “pintu belakang”.
Pada masa yang sama, kami tidak bersetuju untuk Dewan Undangan Negeri dibubarkan sekiranya kemelut ini terus berterusan dan kedudukan Dewan Undangan Negeri buat masa ini terus tergantung (Hung State Assembly).
Sehubungan itu, kami ingin memaklumkan bahawa tujuh (7) ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Harapan memberi sokongan kepada YAB Ketua Menteri sedia ada, iaitu YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Noor yang merupakan ADUN Sulaman.” kata kenyataan tersebut.
Justeru, mereka bersetuju bahawa satu Kerajaan Perpaduan Sabah boleh dibentuk seperti amalan di peringkat persekutuan.
Tujuh ADUN PH Sabah tersebut adalah terdiri daripada Datuk Christina Liew, Datuk Poon Fung Ming, Datuk Ewon Benedick, Phoong Jin Zhe, Jannie Lasimbang, Tan Lee Fatt dan Peto Galim.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment