28 DISEMBER 2022 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan medianya semalam menyatakan bahawa Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) telah menerima pengesahan keputusan dari Makmal Anti-Doping, Doha, Qatar (ADLQ) bagi analisis dua (2) sampel atlet angkat berat SUKMA XX, MSN 2022 yang didapati positif.
“Berikutan keputusan ini, satu analisa susulan telah dijalankan oleh Isotope Ratio Mass Spectrometry (IRMS) juga mengesahkan bahawa penggunaan pelbagai hormon telah menjejaskan profil steroid yang tertera di dalam Athlete Biological Passport (ABP) atlet berkenaan.
Keputusan IRMS ini juga telah dirujuk kepada kumpulan pakar IRMS WADA yang mengesahkan penemuan bahan terlarang dalam kedua-dua sampel berkenaan iaitu dalam kelas S1.1 Anabolic Androgenic Steroids (AAS).” kata KBS.
Justeru, kepada yang terlibat, pihak ADAMAS akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan kepada ADAMAS Anti-Doping Rules 2021 dan International Standard for Results Management (ISRM).
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment