SEPANG, 23 Oktober 2022 – Penampilan merupakan perkara pertama yang dilihat, dan ia juga yang pertama dinilai. Justeru, wanita perlu mengambil pendekatan strategik yang lebih berketerampilan, kompeten, dinamik, berkebolehan serta berdaya saing.
Dalam ucapan perasmian Bengkel Penampilan dan Keterampilan Diri Wanita Waja yang diadakan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di sini semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata tanggapan pertama itu juga yang biasanya kekal
lama.
“Ini bermakna, penampilan kita bukan hanya akan mempengaruhi cara kita berfikir tentang diri kita sendiri, tetapi ia juga akan mempengaruhi persepsi orang lain terhadap diri kita. Persepsi awal mereka terhadap penampilan diri kita akan membentuk kesimpulan mereka terhadap diri kita seterusnya mempengaruhi tindakan mereka.
Penampilan diri juga bukanlah semata – mata rupa paras dan imej sahaja malah turut merangkumi keperibadian seseorang individu. Melalui penampilan yang baik beserta etika yang profesional, setiap wanita pastinya mampu menampilkan imej yang disegani dan dihormati oleh umum. Melalui
keterampilan diri yang sempurna, ianya mampu meningkatkan keyakinan diri untuk wanita terus maju ke hadapan.” katanya.
Rina turut berharap peserta yang menghadiri bengkel itu dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi di program ini.
“Masyarakat akan sentiasa memandang tinggi kepada seorang wanita kerana di samping menjadi seorang isteri dan ibu di dalam sebuah institusi kekeluargaan, pada masa yang sama wanita juga membantu dalam memainkan peranan penting di dalam arus pembangunan negara. Segala tingkah laku seorang wanita sering mendapat perhatian justeru penampilan yang sihat, ceria dan positif perlu sentiasa
dititikberatkan.” ujarnya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment