22 Oktober 2022 – Keputusan permohonan rayuan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) bagi Program Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2022/2023 akan diumumkan pada 25 Oktober 2022.
Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, ia adalah seperti mana yang telah dimaklumkan sebelum ini di Aplikasi Bahagian Kemasukan ke UA.
Jelas KPT, keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai 25 Oktober 2022, jam 12.00 tengah hari hingga 30 Oktober 2022, jam 5.00 petang melalui pautan berikut:
Keputusan turut boleh disemak melalui Aplikasi Mobile UPU Pocket di telefon pintar.
“Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 26 Oktober hingga 30 Oktober 2022 di laman web rasmi UA. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 Oktober 2022 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.
Tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA adalah tidak dibenarkan.” kata KPT.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment