21 Oktober 2022 – Timbalan Presiden Bersatu yang juga merupakan mantan Ahli Parlimen Tambun, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu pada hari ini mengeluarkan sebuah video yang dipercayai ditujukan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Di Tambun kita sebut ayor .. dengar betul-betul … ayor bukan ayaq.
Terima kasih dan selamat datang ” katanya di dalam video tersebut.
Untuk pengetahuan Anwar dilahirkan di Pulau Pinang dan penduduk di situ dan juga di utara negara menyebut air sebagai ‘ayaq’.
Semalam Anwar Ibrahim mengesahkan yang beliau akan bertanding di Parlimen Tambun, Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Anwar dalam ucapannya pada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) berkata beliau memilih kawasan yang bukannya mudah untuk mendapatkan majoriti besar, selain rasa bertanggungjawab untuk melonjakkan gerakan PH di negeri-negeri utara.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment