KANGAR, 16 Oktober 2022 – Pada tahun ini, Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Perlis telah terpilih sebagai tuan rumah Pertandingan Pengisahan Kenegaraan.
Program tersebut berlangsung dengan jayanya di Institut Kemahiran MARA Beseri, Perlis dan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Kata Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dalam satu siaran media hari ini, pihaknya sentiasa giat melaksanakan aktiviti kenegaraan demi menyemarakkan semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam setiap jiwa dan sanubari Keluarga Malaysia.
“Program pada hari ini dengan membawa mesej kenegaraan diharap akan dapat terus mengukuhkan semangat kecintaan kepada negara. Tema yang dipilih untuk Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 2022 adalah selari dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama.
Tema ini bertepatan dengan konsep keharmonian dan hubungan perpaduan yang mendukung nilai Keluarga Malaysia, iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran. Keluarga Malaysia Teguh Bersama bukanlah sekadar tema, tetapi harus disemarakkan dari peringkat akar umbi lagi agar kita beroleh kejayaan yang lebih baik serta terus teguh sebagai sebuah Keluarga Malaysia.
Pada hari ini sebanyak enam kumpulan telah bertanding untuk merangkul gelaran Johan bagi Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Akhir Peringkat Kebangsaan 2022. Keputusan bagi pertandingan ini telah menyaksikan kumpulan Skynauts Kulai dengan tajuk pengisahan Gagasan Malayan Union Ditentang: Kesejahteraan Rakyat Ditatang, Kemerdekaan Negara Dijulang dari negeri Johor telah dinobatkan sebagai Johan yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM6,000.00 bersama piala pusingan, piala iringan berserta sijil penyertaan pertandingan. Naib Johan pula milik kumpulan Penglipur Indera Kayangan dari Negeri Perlis dengan tajuk pengisahan Rosli Dhobi manakala Tempat Ketiga telah dimenangi oleh Maida Generation (Wilayah Persekutuan Labuan) dengan tajuk pengisahan Jihad Digantung Maut.” kata JaPen.
Pertandingan Pengisahan Kenegaraan tersebut dianjurkan oleh JaPen setiap tahun. Semoga pertandingan itu dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada seluruh Keluarga Malaysia dan seterusnya dapat mengukuhkan semangat kecintaan kita pada negara.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment