KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2022 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Linggi memaklumkan di Dewan Rakyat pada hari ini bahawa penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang bersifat kerjasama sinergi rentas kementerian adalah untuk menangani kos sara hidup dan mengawal kadar inflasi.
Katanya platform itu membincangkan isu tersebut secara inklusif dan pelaksanaan segera secara bersepadu dapat dilaksanakan.
Jelasnya perkara-perkara yang telah dilaksanakan oleh Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di antaranya adalah seperti berikut:
- Memperluaskan program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) kepada semua Dewan Undangan Negeri (DUN).
- Meneruskan kawalan harga minyak masak sawit tulen kemasan botol 1 kg, 2 kg, 3 kg dan 5 kg secara harga siling bergerak berdasarkan harga minyak sawit mentah dunia.
- Meneruskan kawalan harga ayam dan telur ayam serta pemberian subsidi penternakan sebanyak RM1.1 bilion.
- Memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia di bawah inisiatif Bakul Makanan Siswa bagi sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam yang berkualiti pada harga RM3.50 di kampus-kampus institut pengajian tinggi awam.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment